Hello . I'm so happy yesterday . Kami ada seminar tentang remaja kelmarin . Pertama sekali kami kena ceramah pasal "Mengenal dan menerima diri dalam anugerah Tuhan" . Di mana kami kena bagitau , kita adalah orang yang unik . Lain dari haiwan dan tumbuhan . Tuhan mengasihi dan menghargai kita , jadi janganlah bunuh diri kalau ada orang yang tidak mengasihi atau menghargai kita di dalam kehidupan kita kerana sebenarnya Tuhan sentiasa mengasihi dan menghargai kita :) Kita mesti berani mengakui kelebihan diri kita , tapi di sini bukan bermakna kita menjadi ego dan suka menunjuk-nunjuk . Ayat-ayat ALKITAB yang boleh kamu rujuk adalah dalam Kejadian 1:26 , Yakobus 1:17 .
Terdapat lima sebab penolakan diri terjadi :
1) Hidup di luar persekutuan dengan Tuhan
2) Luka dalaman yang diakibatkan oleh ibu bapa
3) Luka dalaman yang diakibatkan oleh orang lain
4) Pandangan masyarakat ( berlainan suku , kaum , agama , warna kulit etc. )
5) Gagal dalam pelajaran, pekerjaan etc.
Kesan terhadap penolakan diri kepada kita :
1) Hubungan dengan Tuhan terganggu
2) Dalam kehidupan peribadi
3) Pergaulan terhadap orang lain
4) cepat/mudah putus asa
Cara untuk menyembuhkan daripada penolakan diri :
1) Lihat dalam Ibrani 2:14-18 , Ibrani 4:16
2) Kita mesti mengakui kesalahan kita di hadapan Tuhan dengan jujur .
3) Kita mesti mengampuni kesalahan orang lain .
4) Jangan ikut-ikut orang lain .
5) Minta Tuhan menjamah luka-luka batin kita
Langkah-langkah penerimaan diri :
1) Sedar bahawa kita sangat bernilai di hadapan Tuhan
2) Tuhan mengasihi kita tanpa syarat
3) Lihat dalam Efesus 2:8-9
4) Sedar kita sangat berguna kepada Tuhan
5) Lihat dalam Roma 8:28
Itu adalah sesi pertama dalam seminar kami . Sesi yang ketiga adalah tentang "Warna-warni kehidupan orang muda"
Kita sebagai remaja , bermula dari pergaulan -> persahabatan -> berpacaran/percintaan
- Lihat dalam 1 Korintus 15:33
- Percintaan adalah untuk orang yang bersedia untuk masuk ke alam pernikahan . Jadi bagi umur kita , adalah sangat tidak sesuai .
- Boleh bercinta tetapi seperti berkawan baik sahaja . Tidak berpegangan tangan etc .
- Pacar yang bertanggungjawab melihat tubuh pasangannya tempat rumah kediaman Roh Kudus .
- Pacar yang tidak bertanggungjawab memanfaatkan tubuh pasangannya untuk memuaskan nafsu .
- Hal yang sangat bahaya untuk orang yang bercinta adalah bermula dengan berpegangan tangan dan naik ke tingkat bercium -> berpeluk lalu jatuh ke jerat syaitan yang boleh menghilangkan harga diri iaitu hubungan seksual .
Hubungan seksual itu adalah dosa :
- Lihat dalam Matius 19:5,6
- Keluaran 20:14
- Ulangan 22:20-22
- 1 Korintus 6:9,13,18,19
- Kita tidak dibenarkan berkahwin melebihi satu kali . Seperti suami menduakan isteri . Itu adalah dosa .
- Kita tidak boleh bercerai dalam sesebuah perkahwinan , kerana apa yang telah Disatukan oleh Tuhan tidak boleh dipisahkan selain maut .
- Kita tidak dibenarkan berkahwin melebihi satu kali . Seperti suami menduakan isteri . Itu adalah dosa .
- Kita tidak boleh bercerai dalam sesebuah perkahwinan , kerana apa yang telah Disatukan oleh Tuhan tidak boleh dipisahkan selain maut .
Sampai sini saja saya dapat tulis , kalau mahu tahu lebih lanjut . Nanti tanya ja arr ? di chatbox :) May God Bless us all .
: Happy , relief , free
No comments:
Post a Comment